Sunday, March 7, 2010

Berakhirnya Usia Dunia...

Apabila berakhir usia alam ini,
maka berakhirlah semua kepalsuan
dalam ilmu pengetahun manusia.
Manusia bakal melihat sendiri di
hadapanya segala sesuatu secara
hakikat dan dalam keyakinan yang
penuh.Mereka akan melihat malaikat,
syaitan,syurga dan neraka.Mereka akan
kenal dgn sbenar-benar kenal tentang
kebesaran Allah Maha Pencipta.Mereka
akan tahu dengan yakin bahawa mereka
sbnrnya tidak mempunyai apa-apa daya
dan kekuatan di alam maya ini melainkan
kerana pertolongan oleh Allah SWT.

Dunia yang berkait dgn hukum sbb munasab
telah berakhir.Tiada lagi matahari,bulan dan
bintang.Ia berakhir utuk penampilan bumi
yg baru yg bersinar dgn sinaran cahaya drpd
Tuhannya.Setelah itu kitab suratan pun
didedahkan dan neraca pun ditegakkan.
Setiap jiwa akan dibalas dgn sempurna apa
yg dilakukan semasa di dunia.Semua ini berlaku
setelah berakhirnya dunia yg terikat dgn hukum
musabab, dan kita semua telah berada di hadapan
Allah Maha Menciptakan segala sbb musabab itu.

No comments:

Post a Comment